Saturday, March 26, 2011

SAYA SAYANG ABAH

abah,
pada 9 Februari 2000,
kau pergi buat selama-lamanya,
ku lihat jenazahmu waktu itu,
ku cium dahimu yang dingin,
terasa pilu hatiku.

abah,
sewaktu kau pargi
aku masih kecil,
umurku ketika itu 4 tahun,
dan
adik 4 bulan,
aku tidak seberapa rasa kehilanganmu waktu itu.
kini aku terasa amat sangat akan kehilanganmu,
sayangku padamu hanya allah yang tahu.

abah,
setiap tahun pada hari raya,
aku beraya tanpa abah,
tapi ku kunjungi pusaranya,
ku bersihkan,
ku bacakan al-fatihah,
dan ku siram pusaramu,
sungguh sayu hatiku pada waktu itu,
bagaikan ingin menangis,
tetapi aku tahan kerana aku redha.

abah,
kau telah tiada didunia ini,
kau telah pergi meninggalkan kami,
sungguh cepat kau pergi,
tidak sempat melihat anakmu berjaya hingga ke menara gading.

abah,
sungguhku bangga dengan dirimu,
yang telah mendidik anakmu ini,
walaupun sementara.

abah,
sungguhku tahu allah menyayangimu,
kau telah berada disisinya,
mudah-mudahan kau ditempatkan,
disisi orang yang soleh lagi solehah.

abah,
aku sedekahkan doa dan juga bacaan ayat suci al-quran
untukmu agar kau tenang disana,
cintaku , sayangku padamu,
tiada terbatas.

abah,
ku kini telah remaja,
jikalau kau ada disisi ku,
kau pasti gembira,
tetapi malangnya,
aku telah pergi terlebih dahulu meninggalkan
aku .
adik .
dan emak 11 tahun.

abah,
mudah-mudahan kau tenang dari dunia hingga akhirat kelak.

abah, kau yang ku cinta, kau yang ku sayang, selamanya................
al-fatihah .

kini ku yatim,
beraya tanpa abah,
berjaya tanpa abah,
bahagia tanpa abah,
gembira tanpa abah,
abah kau lah segalanya,
saya sayang abah.

luahan anak seni yang kehilanganmu .
nukilan .
ruzanna (nana lolly)

No comments:

Post a Comment